Click here for Myspace Layouts

Thursday, 29 December 2011

Semangat diri

Bisikkan halus
menusuk ke urat belikat
melintasi kotak minda
sulaman kata cemuhan
merempuh tembok hati
bisikkan itu ku jala,ku baluti dan ku buang jauh
kerana ku tak mahu lagi
di hina dalam sengsara
mengemis untuk menyara
bangkit!!! kumpulkan semangat
rempoh tembok utuh itu
bakar dinding-dinding keangkuhan
bakar lantai keegoan
bakar gerbang kemaksiatan
biar roboh biar musnah
agar dapat ku menapak
ke tanah lapang
setapak di hadapan

No comments:

Post a Comment