Apa sebenarnya yang berlaku antara kini dan semalam segalanya masih samar di dalam istana cinta putih yang terbina antara kau dan aku.Detik ini ku tak pasti dan kini ku berbelah bahagi apakah epilog memori gelita semalam akan membawa bayangan kenangan hari yang istimewa antara kita berdua.Ahh!!! resah aku di buatnya.Mengapa???Mengapa dia yang lebih kau cinta dan mengapa aku bukan menjadi pilihan mu.Kau yang berbeza kau yang merubah segalanya sehinggakan kau sanggup membiarkan aku umpama Kenari kedinginan di dalam sangkar di letakkan di batas menanti di titian sebatang kara di muara sepi ini.Bukan kemahuan fikiran enggan menerima hakikat bahawa dia yang lebih kau cinta.Namun dalam keterpaksaan aku redha menerima semuanya demi kebahagian mu maka setia ku korbankan kerna ku tak sanggup teratai layu di tasik madu.
(sebuah puisi dari cantuman tajuk-tajuk lagu fauziah latiff)
Nukilan:- Yan Pelangi Jingga
Nukilan:- Yan Pelangi Jingga
No comments:
Post a Comment