dada bidang mu di hias indah
ada empat belas jalur melintangMerah melambangkan keberanian
Putih lambang kesucian
Rona biru tua terpalit di sudut kiri
dada mu adalah lambang perpaduan rakyat
dilekatkan pula bulan dan bintang menaikkan seri
dada mu membawa lambang kedaulatan Raja-Raja
kau berkibar megah di ruang angkasa
mendabik dada kerana kau tahu
dadamu punyai nilai estetika yang tinggi
di sebalik keindahan mu Jalur Gemilang
tersirat panduan hidup
dalam memenuhi ruang lingkup
kehidupan mencabar rakyat Malaysia
terus berkibar Jalur Gemilang
Megah kami memiliki mu
Nukilan:-Yan Pelangi Jingga
No comments:
Post a Comment