Tiba-tiba suara garau suaminya memecah kesunyian."Bagi abang awak cukup sempurna sebagai isteri tapi......tapi....ini soal hati abang sayangkan dia.Percayalah abang tak akan meninggalkan sesiapa, itu janji abang.Dalam nada lesu Alia berkata"kita manusia biasa bang hati boleh berubah-ubah.Saya bimbang andaikata abang nikahi dia saya akan abang lupakan.'Itulah ,awak suka membuat andaian sendiri . Awak tidak mengenali abang sebagai suami."Kita tidak ada keserasian apatah lagi kemesraan".Dengan nada marah suami Alia bersuara.Alia...."abang lelaki punya keinginan punya kemahuan dan abang berkemampuan.Apa salahnya abang nikahi dia?Nikahi dia memang tidak ada salahnya bang.Tapi kenapa sekarang???Kenapa????Dalam sendu Alia bersuara,begitu rapuhnya kesetiaan abang.Begitu mudah abang melupakan kenangan kita.Alia memandang tepat kearah suaminya."Alia ,abang yakin Suria mampu membahagiakan abang".Apakah saya tidak membahagiakan abang selama ini???Tidak!!!abang tidak pernah merasa kebahagiaan itu.Luruh hati Alia mendengar kata-kata itu.Dahulu sayalah segalanya bagi abang,tapi sekarang abang dah berubah...hanya kerana dia.Mungkin ini ketentuan ,awak harus menerima hakikat ini.Mudahnya abang bercakap soal hati dan ketentuan.Abang tidak pernah memikirkan tentang hati dan perasaan saya.Abang kejam!!!Alia tidak dapat menahan amarahnya.
Baiklah jika ini kemahuan abang,teruskan lah tapi...lepaskan saya.Saya tidak sanggup berkongsi abang dengan Suria jadi lepaskan saya.
Perlahan Alia mengatur langkah pergi jauh dari sisi suaminya.Tiada tolehan kebelakang lagi.
boleh terus sambung buat cerpen ni....lama2 jadi novel....
ReplyDeleteinsyaallah...thanks azrin sentiasa beri semangat tuk berkarya
ReplyDelete