Kesibukan terhadap anak-anak, kerjaya serta aktiviti lasak seperti berskuba dan berkonvoi dengan motosikal berkuasa tinggi membuatkan penyanyi Fauziah Latiff atau Jee senang membiarkan soal jodoh hadir sendiri tanpa perlu serius memikirkannya. Bukan kerana serik dengan dua kegagalan rumahtangganya sebelum ini, jauh sekali menyesalinya, dia kini senang dengan kehidupan peribadi, di kelilingi insan-insan yang disayanginya.
“Saya tidak pernah menyesal, tidak juga serik dengan perkahwinan. Mungkin juga pengalaman menjadikan saya lebih berhati-hati dan melihat kehidupan dari sudut berbeza. Mungkin juga saya selesa dengan status kini, melihat anak-anak membesar dan mempunyai lebih banyak masa untuk diri sendiri,” ujarnya. -Gua
No comments:
Post a Comment