Click here for Myspace Layouts

Friday, 23 March 2012

keringat

Bahang kuali menyambar muka
di bawah hembusan kipas tetap terasa
peluh mengalir di liang roma
letih menyalut rahang minda
gemulai kaki udah tak terasa
tekak kontang kesihatan ternoda
dek kucupan sang selsema
airmata menitis kelelahan
hanya kerana tercabar keadaan
takdir memang payah
namun aku pasrah
kerana rezeki buat ku
hanya aku bisa mencuba
bukan atas belas sesiapa
melainkan DIA
di depan ku belum tentu permata
namun tetap ku gilap
hingga terpancar cahaya

No comments:

Post a Comment