Antara lena atau terjaga
antara waktu mahupun hari
yang tlah berlalu
dikau masih leka di buai mimpi
tak pernah lelah mengutuk
tak pernah rimas di pagari dosa
hati di taburi hasad dengki
iri hati menghambat langkahan
tak sedetik pun mengakui kesilapan
terus menunding dengan senyum sinis
melihat seolah semua
terjadi bukan kesilapan diri
basahkan lidah dengan zikrullah
seri kan wajah dengan wuduk
atur bahasa dengan Quran
usah meludah ke langit
nescaya nanti terpercik ke muka sendiri
Bukan tidak mahu mengakui kesilapan
ReplyDeletehanya degil yang menguasai di dalam
tapi jangan sangkakan lidah yang lembut itu
boleh mencairkan..........
hati di dalam macam syaitan.......
manusia akhir zaman sukar di tafsir
ReplyDelete