Click here for Myspace Layouts

Monday 22 August 2011

yang lebih kau cinta


Sahabat (SMTAM)

Soal hati

Kekusutan


Khazanah Rimba

Lara Hati

Ilham Abjad

Gelora Hati

Jalur Gemilang

Jalur Gemilang
dada bidang mu di hias indah
ada empat belas jalur melintang
Merah melambangkan keberanian
Putih lambang kesucian
Rona biru tua terpalit  di sudut kiri
dada mu adalah lambang perpaduan rakyat
dilekatkan pula bulan dan bintang menaikkan seri
dada mu membawa lambang kedaulatan Raja-Raja
kau berkibar megah di ruang angkasa
mendabik dada kerana kau tahu
dadamu punyai nilai estetika yang tinggi
di sebalik keindahan mu Jalur Gemilang
tersirat panduan hidup
dalam memenuhi ruang lingkup
kehidupan mencabar rakyat Malaysia
terus berkibar Jalur Gemilang
Megah kami memiliki mu

Nukilan:-Yan Pelangi Jingga

Setangkup Rindu

Impian Hati

Kembara(puisi untuk Azrina Ghani & family)

Pembunuh

Kertas tipis membentuk selinder
Mengafankan carikkan daun tembakau
Terbakar menunggu menjadi abu
Lalu di campak ke tanah menjadi sampah hina
Terbakar membasah di hujung kuluman kenikmatan
Inilah debu dalam udara
Penarikkan dan penolakkan dalam melody tak berirama
Yang hanya mengundang padah
Kepuasan sementara yang nyata sengsara akan menjelma
Hentikanlah kebodohan ini 
Insyaallah kesihatan pasti menanti

Nukilan:- Yan Pelangi Jingga

Sunday 21 August 2011

my favorite artist

  1. Siti Fauziah Binti Sheikh Abdul Latiff
  2. Di lahirkan  pada 5 December 1970
  3. Anak sulung dari dua adik beradik
  4. Seorang ibu kepada dua orang anak lelaki(Jeffri Joaqium Indot&Jaremy Jay Indot)
  5. Pernah berkahwin dengan Syed Budriz Putra Syed Amir Zainal Abidin Jamallullail(1992)
  6. Perkahwinan kedua dengan Johan Indot(1997)
  7. Seorang penyanyi dan penulis lirik
  8. Aktif menyanyi sekitar era 80 an
  9. Di bawah naungan Happy Record dan bertukar ke EMI
  10. Album pertama Di Gamit Memori(1988)
  11. Kau merubah Segalanya(1989)
  12. Kini(1990)
  13. Tiada Noktah Cinta(1991)
  14. Gubahan Rindu Puisi Syahdu(1992)
  15. Epilog Memori Gelita(1993)
  16. Apa Sebenarnya(1994)
  17. Petikan Syahdu Fauziah Latiff(1995)
  18. Sahabat(1995)
  19. Petikan Syahdu Fauziah Latiff Vol(1996)
  20. Fauziah Latiff Dia(1997)
  21. Jee 98 Ku Pohon Kemaafan(1998)
  22. Fauziah Latiff No 1(1999)
  23. Yang Lebih Kau Cinta Jee..(2001)
  24. Di sebalik(2004)
  25. Pesona(2006)
  26. Keunggulan(2010)
  27. Mula berlakon dalam rancangan raya Lontong,kudrat Iman,Gelora Di Hati Sara 1&2
  28. theater Rubiah

Saturday 20 August 2011

Tanpa Puisi

Itu kamu(Fauziah Latiff)

Wajah Rahsia Hati

Cari Diri

Pulang lah duka

Ibarat roda

Ingatlah manusia hidup mu tak selalu indah
Andai hari ini kau tersenyum megah
Mendabik dada penuh keegoan
Suatu hari akan tersungkur jua
Karna langit tak selalu cerah
Karna bumi tak sentiasa basah
Karna angin tak selalu bertiup nyaman
Karna ombak tak sentiasa tenang

Nukilan:- Yan Pelangi Jingga

Derita

patah hati
Ya sekali lagi
sakit....pedih....
ibarat luka di simbah cuka
cinta ku pergi
bersama nafsu serakah
tiada belas kasihan
umpama Israel
tiada perikemanusiaan
menghukum tanpa pertimbangan
yang jatuh cinta pasti bahagia
yang patah hati menanggung 
sengsara,derita tersiksa merana.

Nukilan:- Yan Pelangi Jingga

Secangkir harapan

Mukjizat doa

Gaza

ku pohon


Malam yang hening begini
sepi mengusai diri
di atas sejadah usang ini
ku menadah tangan
memohon keampunan mu ilahi
karna ku tahu
seribu kemungkinan di hadapan menanti
Ku yakin tuhan kau maha penyayang
engkau lah pelindung
lindungilah aku
hanya pada mu ku bermohon
Ya Rabbi

Nukilan:- Yan Pelangi Jingga

Enggan (puisi cantuman tajuk-tajuk lagu Fauziah Latiff)


Apa sebenarnya yang berlaku antara kini dan semalam segalanya masih samar di dalam istana cinta putih yang terbina antara kau dan aku.Detik ini ku tak pasti dan kini ku berbelah bahagi apakah epilog memori gelita semalam akan membawa bayangan kenangan hari yang istimewa antara kita berdua.Ahh!!! resah aku di buatnya.Mengapa???Mengapa dia yang lebih kau cinta dan mengapa aku bukan menjadi pilihan mu.Kau yang berbeza kau yang merubah segalanya sehinggakan kau sanggup membiarkan aku umpama Kenari kedinginan di dalam sangkar di letakkan di batas menanti di titian sebatang kara di muara sepi ini.Bukan kemahuan fikiran enggan menerima hakikat bahawa dia yang lebih kau cinta.Namun dalam keterpaksaan aku redha menerima semuanya demi kebahagian mu maka setia ku korbankan kerna ku tak sanggup teratai layu di tasik madu.
(sebuah puisi dari cantuman tajuk-tajuk lagu fauziah latiff)

Nukilan:- Yan Pelangi Jingga

Friday 19 August 2011

Pesona


Mata hitam pekat bulat
Redup diatapi alis tebal
Di pagari dek idep lentik
Menghiasi seraut wajah bujur sirih
Spektrum warna-warna
Kehidupan memancar
Dari sepasang mata galak mu
Ku coba lakarkan
Di atas kanvas hati
Menjadi potret indah
Ku calitkan ianya
Dengan warna-warna seri crayon buat tatapan mu
Walaupun tangan ku tak bisa
Menoreh lakaran warna selembut
renungan dan senyuman mu.



Nukilan:- Yan Pelangi Jingga

Aku

Aku bukan bulan yang bisa menemani malam
Aku juga bukan mentari yang pasti menerangi bumi
Aku bukannya angin yang mampu menyejukkan
Aku hanyalah sebatang lilin yang tidak selamanya bernyala
Lilin yang akan padam di tiup angin
Lilin yang akan meleleh dek kepanasan
Aku tak ingin menjadi lilin ultah yang di nyalakan
dan di tiup lalu di buang ke tepi
Aku kepingin menjadi lilin
Yang menerangi hari hari mu
Yang sentiasa membakar,menyala dan membara.

Nukilan:- Yan Pelangi Jingga

Harapan


Kau bagaikan pelangi mewarnai hari-hari kami
Kau ibarat mentari menyinari kehidupan kami
Kau umpama rembulan menyuluh kegelapan kami
Kau bak pohon rendang meneduhkan kami
Demikianlah kamu di ibaratkan dalam sanubari kami
Kami bangga memiliki mu
Kami berharap agar kamu akan terus
mewarnai,menyinari,menyuluh dan meneduhkan kami
sehingga kapan pun.

Nukilan:- Yan Pelangi Jingga