Click here for Myspace Layouts

Friday 30 September 2011

Mentari


Fauziah Latiff: Kalau Ada Jodoh, Adalah....

Fauziah Latiff: Kalau Ada Jodoh, Adalah....



KUALA LUMPUR, 12 JULAI 2011: Pada awalnya, agak sukar untuk meminta Fauziah Latiff, 41, berbicara tentang soal isu jodohnya. Namun, akhirnya penyanyi yang mesra disapa sebagai Jee ini, sudi berbicara.
"Kalau ada, adalah...Kalau tak ada lantaklah". Itulah jawapan ringkas yang diberikannya tatkala diwawancara murai.com.my. Malah, bu kepada 2 orang anak iaitu Jeffrey dan Jeremy Indot ini juga agak terbuka apabila diajak berkongsi cerita tentang kehidupannya kini.
Kata Fauziah Latiff, dia kini sedang berehat seketika daripada apa-apa kegiatan yang melibatkan bidang seni lakonan dan nyanyian.
"Alhamdulillah, sekarang ini apa yang Jee mahu semuanya sudah Jee peroleh. Apa lagi yang Jee mahukan lagi ye? Dari segi kerja, kehidupan dan keluarga, syukurlah segalanya dikurniakan Tuhan dalam keadaan baik dan sempurna. Sejujurnya, Jee memang gembira dengan kehidupan sekarang ini.
"Apa yang Jee lakukan sekarang ini demi anak-anak Jee. Sungguhpun sekarang ini Jee banyak aktif dan berkawan dengan mereka yang melibatkan diri dengan aktiviti bikers, namun semua itu adalah sekadar abang dan kakak Jee saja. Pun begitu, esok lusa Jee tak tahu lagi.
"Untuk dunia seni pula, Jee memang ada menerima tawaran selepas drama Gelora Di Hati Sara. Namun, untuk sementara waktu ini, Jee mahu berehat seketika," jelas penyanyi yang terkenal dengan lagu Dia dan Teratai Layu Di Tasik Madu Ini.
Berkongsi cerita mengenai pengalamannya dengan aktiviti lasak, Fauziah Latiff yang sudah 11 tahun memegang status sebagai duta produk kecantikan SKII menegaskan lebih menggemari aktiviti di laut berbanding aktiviti dalam hutan.
"Menyertai program kesedaran tentang alam sekitar bukanlah pertama kali tetapi melibatkan diri dengan aktiviti yang lebih serius anjuran Emkay ini memanglah kali pertama. Namun, Jee lebih kerap menyertai program kesedaran tentang kehidupan laut.
"Banyak betul perkara yang dapat Jee pelajari dengan program ini. Jee juga bukanlah pertama kali berjumpa golongan orang asli. Cuma kali ini, Jee lebih mendalam mengenali mereka. Apa yang boleh Jee katakan, orang asli di sini lebih exposed dan sudah boleh terima kedatang orang luar.
"Sebelum ini, Jee pernah melawat perkampungan orang asli di Sabah dan Sarawak. Apapun, Jee kagum dengan orang asli di sini kerana pengetahuan mereka tentang alam memang amat mendalam. Mereka pun ada insiatif untuk memajukan diri dalam pembangunan tanpa merosakkan tempat asal mereka," jelasnya tentang penglibatan program APA (Artis Pencinta Alam).
Dalam pada itu, Jee juga sempat memberikan komen mengenai golongan artis kelas A yang agak sukar menyertai program sebegini berbanding dirinya.
"Sama ada artis itu kelas A, B atau apa sekalipun, Jee tak pernah ambil kisah akan hal ini. Sekiranya program itu bagus, Jee akan sertainya. Program APA ini merupakan satu permulaan yang bagus. Sebagai artis senior, kalau boleh penganjur perlu memikirkan cara untuk memikir golongan baru yang akan memonopoli dan memimpin negara pada masa akan datang.
"Saya hormat dengan penganjur mempunyai inisiatif sebegini. Namun, mereka perlu lagi menekankan lagi golongan yang akan mengambil ambil tugasan orang senior. Insya-Allah, selepas ini saya akan membantu mereka menyebarkan aktiviti bagus sebegini.
"Tentang artis berstatus A itu, terpulanglah pada masing-masing. Saya yakin, mereka pun ada cara lain untuk menunjukkan cara mereka cintakan alam. Yang penting, bagi diri Jee, inilah diri saya. Jee memang sukakan aktiviti luar. Jee juga suka aktiviti masuk ke kawasan kampung, masuk dasar laut dan masuk hutan," katanya.

Sejenak bersama penyanyi jelita Fauziah Latiff!

2 optimized Sejenak bersama penyanyi jelita Fauziah Latiff!

Gee masih diminati orang ramai sekalipun sudah berpuluh tahun berkecimpung dalam bidang seni. Apakah rahsia kejayaan Gee hingga berada ke tahap kini?

Alhamdulillah, semuanya bermula daripada peringkat awal pembabitan saya dalam industri seni. Those hard times that we all need to strive through is not easy. Cuma saya tekad meneruskan perjuangan dan melakukan apa yang saya suka. Asalkan jangan berputus asa, word hard dan apabila kita sudah mencapai tahap yang diinginkan, try to maintain. Saya masih seperti dulu dan ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam jatuh bangun saya sebagai seorang artis. Mereka banyak memberikan nasihat dan setiap apa yang diperkatakan mereka membantu menguatkan semangat.

Bagaimana pula Gee berdepan saat-saat paling getir sebagai seorang artis kerana menjadi public figure yang sering diburu orang ramai bukan suatu perkara mudah?

Saya akui, peminat banyak memberikan dorongan terutama ketika Gee dilanda dugaan. Nasihat dan dokongan yang diberikan benar-benar membuatkan saya lebih kuat untuk terus berjuang. Of course, as a human, we are bound to follow what the heart says tetapi apa pun, berfikiran positif adalah penyelesaian terbaik. Belajar untuk menerima, beringat dan bina semula keyakinan dalam diri antara yang dilakukan saya sendiri. Akhir sekali, sentiasa bersyukur dengan apa yang dikurniakan tuhan.


Adakah itu juga moto hidup Gee?

Tentu sekali. But to be exact, my life motto is don’t rush. Buat kerja satu persatu dan berikan tumpuan yang serius bermula awal pembabitan sampai bila-bila.

1 optimzed Sejenak bersama penyanyi jelita Fauziah Latiff!




Gee masih kelihatan muda, jelita dan anggun. Adakah aktiviti outdoor yang kerap dilakukan menjadi awet muda Gee?

Apa yang diberikan tuhan, kita perlu menjaganya dari dalam dan luar. Saya masih menjadi peminat kepada kosmetik penjagaan muka SKII sejak kewujudannya di Malaysia dan seperkara lagi, saya sering memakai alat solek dengan tipis. Kerja sebagai artis tidak seperti kerjaya lain di luar. Artis terpaksa memakai alat solek hingga berjam-jam lamanya dan pelindung UV juga penting. Untuk stamina pula, sudah banyak kemudahan yang boleh digunakan seperti bersenam di gim. I’m an outdoor person, jadi saya sering melakukan aktiviti seperti menyelam dan mengembara hutan bersama keluarga dan rakan-rakan. Selain dapat mangatasi tekanan, aktiviti outdoor benar-benar memberikan keseronokan.




Bagaimana pula pandangan Gee tentang artis wanita tempatan masa kini?

Find your own identity and your own concept. Seperti era kami, setiap artis mahu tampil berlainan and that’s how it works. Tetapi bagi artis kini, kebanyakan daripada mereka banyak mengikuti trend terbaru dan kelompok itu semakin lama membesar. Tambahan pula, cabaran sesama golongan artis semakin hebat dan jumlahnya juga semakin ramai. Masing-masing berlumba untuk tampil berbeza daripada yang lain.

Sebagai seorang senior, apakah nasihat Gee untuk mereka?

Secara positifnya, jika mereka ada idola tersendiri dan berusaha membina identiti seperti idola mereka itu adalah suatu yang baik. Ini kerana mereka mahu menonjol tetapi lama-kelamaan, mereka perlu memahami identiti diri yang asal dengan gaya tersendiri. Meniru gaya orang lain secara berpanjangan is not good. Just be yourself dan rancang masa depan anda dengan baik tanpa perlu mengikut rentak dan gaya orang lain
fauziah latiff
Lama sungguh tak dengar khabar penyanyi Fauziah Latiff nie. Masa muda-muda dulu memang hebat dia nie. Lagu dia semua mantap-mantap. Teratai Layu Di Tasik Madu tue memang salah satu feveret kitoarang. Memang layuuu je mendengarnya. Kak Jee punya vokal memang terbaik!!!
Yang terbaru Kak Jee bakal muncul dalam pementasan teater Muzikal Tun Abdul Razak di Istana Budaya. Oh ya, Kak Jee kini dah menjanda selama 2 tahun. Sejak bercerai dengan Johan Indot, Kak Jee lebih banyak habiskan masa ngan aktiviti-aktiviti macam menyelam ngan naik moto. Mungkin nak buangkan boring kot.
So sesiapa yang rasa berminat kat Kak  Jee leh la cuba hantar resume. Masih maintain cun tue. Badan pun tak kurus sangat tak gemuk sangat. Sedang-sedang ajerlah. Cuma dah dua kali menjanda la. Kalau yang tak tahu Kak Jee sebenarnya bercerai 2 kali.
Apa-apa pun kami ucapkan selamat maju jaya kepada Kak Jee. Lagi gambar terbaru Fauziah Latiff dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

fauziah latiff

Saya memang bahagia

JELITA...Jee suka aktiviti lasak dan alam sekitar.
JELITA...Jee suka aktiviti lasak dan alam sekitar.
SUKAR nak percaya, wanita cantik sepertinya masih belum berpunya? Hanya dia saja yang ada jawapannya. Sekalipun hidup solo, penyanyi jelita Fauziah Latiff atau lebih mesra disapa Jee, 41, mengakui ia bukan penghalang buatnya untuk hidup bahagia seperti orang lain.
“Memang saya belum bertemu pengganti sampai saat ini. Biarlah jodoh itu datang dengan sendirinya. Kalau ada, adalah.
   
  • Foto BERGABUNG...Jee (kanan) dan Fathia bersama pereka baju mereka, Riffai.
  • Foto SELAM...Jee (tengah) ketika menjayakan salah satu aktiviti sebagai duta Persatuan Pemuliharaan Terumbu Karang Malaysia.
“Saya juga tidak ingin mencari jodoh kerana ia ketentuan Tuhan.

“Saya juga hargai dan bahagia dengan apa yang saya kecapi hari ini. Apa yang saya mahu semua sudah dapat dalam hidup iaitu dari segi karier seni, kehidupan dan keluarga. Apa yang saya lakukan sekarang ini semuanya untuk masa depan anak-anak.

“Ada juga yang bertanya kenapa saya tidak memilih rakan-rakan yang sama-sama aktif dalam aktiviti motosikal berkuasa tinggi sebagai teman hidup?

“Hakikatnya, mereka semua sudah seperti adik-beradik sendiri. Selalunya, selepas habis aktiviti menunggang motosikal, kami terus pulang ke rumah masing-masing,” katanya.

Sebagai ibu, Jee juga ingin memberikan yang terbaik buat dua anak lelakinya iaitu Jeffri Joaquim Indot, 13, dan Jeremy Jay Indot, 11.

“Anak-anak saya tinggal dengan bekas suami, tapi kami sama-sama menjaga mereka mengikut giliran saban minggu.

“Apa yang saya perhatikan, Jeffri dan Jeremy sama-sama meminati bidang muzik dan kedua-duanya boleh menyanyi. “Saya juga tidak kisah kalau mereka ingin mengi�kut jejak saya menceburi bidang seni asalkan mereka tamatkan persekolahan dulu. Selepas habis sekolah terpulanglah kepada mereka nak jadi apa mengikut minat masing-masing,” katanya.

Selain karier nyanyian, hidup Jee yang juga duta Persatuan Pemuliharaan Terumbu Karang Malaysia (Coral) juga tidak pernah sunyi kerana ada saja aktiviti lasak dan alam sekitar dilakukan bagi mengisi masa lapangnya.

Jee ditemui ketika menjayakan The Blue Kebaya ‘showcase’ anjuran The Weld Shopping Centre dan Rafflesia The Pearl Centre.

Terbaru, Fauziah baru kembali dari menjayakan rombo�ngan Artis Pencinta Alam (APA) di Pulau Banding, Gerik, Perak, baru-baru ini.

“Saya memang tidak asing dengan aktiviti berkaitan alam sekitar. Namun, saya lebih kerap menyertai program kesedaran mengenai kehidupan laut.

“Sepanjang program ini, saya menimba pengalaman menarik ketika melawat perkampungan Orang Asli, Sungai Tiang, Pulau Banding.

“Apa yang boleh, saya katakan Orang Asli di sini lebih terbuka dalam menerima pembangunan tanpa merosakkan tempat asal mereka.

“Saya melihat anak-anak Orang Asli ini bermain alat muzik dengan telinga kerana mereka tidak boleh membaca. Kita juga patut beri peluang pada kanak-kanak ini untuk mengetengahkan bakat mereka itu,” katanya.

Tidak ketinggalan, Jee juga menjayakan majlis berkodeng yang mengangkat adat perpatih Negeri Sembilan sejak turun temurun untuk diperkenalkan pada orang luar bersama 300 ahli kelab motosikal berkuasa tinggi.

Selepas lebih 20 tahun berkecimpung dalam bidang seni, Fauziah bersyukur dengan pencapaiannya yang membolehkannya mampu bertahan sampai hari ini.

“Saya bersyukur kerana masih diterima peminat yang sentiasa menyokong saya dari dulu hingga kini.

“Saya juga berhubung dengan peminat menerusi laman sosial facebook dan Twitter. Artis dulu menyanyi dari dalam dan dia betul-betul masuk dalam lagu itu.
“Saya tidak pernah menyesal menjadi anak seni dan perjalanan saya jauh dan mencabar.

“Sepanjang pembabitan dalam bidang seni, saya kenal banyak erti kehidupan. Saya juga sudah lakukan apa yang saya sepatutnya buat dulu. Saya menganggap diri masih lagi belajar dan saya juga tidak tahu apa yang berlaku pada masa akan datang,” katanya.

Sekalipun tidak bikin album baru, Fauziah saya masih sibuk memenuhi undangan persembahan makan malam korporat.

“Lagu yang diminta penonton ialah lagu ‘evergreen’ Teratai Layu Di Tasik Madu. Lagu kegemaran saya pula ialah Aku Sebutir Pasir dan album Sahabat yang meninggalkan kesan pada saya.

“Saya juga mula berjinak-jinak menulis lirik lagu untuk kepuasan sendiri tapi belum ada keyakinan untuk beri pada artis lain lagi,” katanya yang dikenali menerusi lagu Kau Merubah Segalanya, Tiada Noktah Cinta, Gubahan Rindu Puisi Syahdu dan Enggan.

Ditanya sama ada dia hanya selesa kerja dengan Rosyam Nor saja, Fauziah mengakui menimba pengalaman yang sangat berharga dalam drama bersiri popular, Gelora Di Hati Sara.

“Rosyam dan pasukannya banyak membantu saya menjiwai watak Sara dengan baik.
Rosyam juga selalu menegur dan marah jika apa yang dia mahu itu tidak sampai.
Terus-terang, saya selesa dengan watak Sara itu. Selepas Gelora Di Hati Sara, saya tidak dapat buat drama baru kerana kesibukan dengan aktiviti lasak,” katanya.

Lebih memberangsangkan, Fauziah duta produk SK-II selama 11 tahun bekerjasama dengan Broadway Acres Sdn Bhd yang beroperasi

di Sunway, awal tahun lalu, untuk menggilap bakat muda dalam bidang seni.

“Setakat ini, kami sudah mendapat seorang artis dari program Idola Kecil iaitu Dayana Emelda dan Daniel Razak yang juga pemain dram yang berusia 12 tahun.

“Ini adalah lebih pada kerja belakang tabir, tapi masih dalam bidang hiburan. Saya juga menjadi instruktor pada mereka,” katanya.



PROFIL

NAMA SEBENAR: Siti Fauziah Sheikh Abdul Latiff
NAMA KOMERSIAL: Fauziah Latiff/Jee
TARIKH LAHIR: 5 Disember 1970
TEMPAT LAHIR: Air Tawar, Perak
KERJAYA: Penyanyi dan pelakon
STATUS: Ibu tunggal
ANAK: Jeffri Joaquim Indot, 13 dan Jeremy Jay Indot, 11
ALBUM: Di Gamit Memori, Kau Merubah Segalanya, Kini, Tiada Noktah Cinta, Gubahan Rindu Puisi Syahdu, Epilog Memori Gelita, Apa Sebenarnya, Sahabat, Petikan Syahdu Fauziah Latiff Vol 1 & 2, Jee ‘98, Jee No 1’s, Yang Lebih Kau Cinta, Di Sebalik dan Pesona
TEATER: Teater muzikal, Rubiah
JEE & ERRA
Kalau dihimpunkan barisan wanita cantik di Malaysia, pastinya pemilik nama Siti Fauziah Sheikh Abdul Latiff dan Fazira Wan Chek tersenarai diantara jelitawan yang memiliki segala-galanya. Dua ratu yang cukup masyhur pada era 90-an, dan sehingga kini masih mekar dan popular di hati peminat seantero Malaysia. Lantas seiring tema Nona edisi Sihat & Cantik ini, Ratu Balada dan Ratu Malaysia dipertemukan dalam busana oriental bersemarak, eksklusif sebagai penyeri kulit depan kami bulan ini .
AKTIF DI USIA 40-AN, JeeBertemu Jee dan berbual mesra dengannya, ibarat tuah yang pernah dihajati sedari sejak zaman persekolahan lagi. Kelunakan lagu Gubahan Rindu Puisi Syahdu tiba-tiba berputar di fikiran penulis, dan kelembutan yang sama... masih Jee pertahankan. Muncul dengan gaya santai dan sepasang aviator gelap, Jee yang ditemani pembantu peribadi tiba ke studio dengan sejuta keceriaan. Looking simple and sophisticated is her trademark, lalu kesinambungan gaya dress jingga musim terbaru Shanghai Tang membaluti tubuhnya. Di sebalik wajah dan senyuman manis Jee, siapa tahu ada derita yang disembunyikan. Biar pun enggan mengulas lanjut tentang episod pembedahan yang dijalaninya sekitar dua tahun lalu, Jee bertegas bahawa kini dirinya sudah kembali sihat dan cergas. Bahkan sebaik selesai menjalani operasi membuang ketumbuhan fibroid dancyst, Jee perlahan-lahan bangkit semula walaupun dengan sedikit kepayahan.
Tiada istilah mengalah, Jee hari ini nyata lebih kuat dari semalam! Bersama penulis, dia rancak bercerita tentang aktivitinya...Bertemu Ratu Balada ini sepertikan tidak lengkap tanpa berkongsi kisah terbaru. Menurut Jee, kini beliau bersama-sama Broadway Acre sedang bekerjasama untuk beberapa projek khas berkaitan industri hiburan. “Walaupun tidak keluar dengan album baru, itu tidak bermakna saya menyepikan diri daripada dunia nyanyian. Saya masih aktif menyanyi serta banyak menerima undangan persembahan di majlis-majlis korporat.” Sedikit perkembangan lakonan selepas drama Gelora Di Hati Sara...“Saya masih baru dalam dunia ini, masih banyak kelemahan dan kekurangan yang perlu dibaiki. Namun pengalaman berlakon dengan barisan pelakon handalan di dalam drama tersebut memang cukup berharga. Cuma buat masa ni, ada tawaran-tawaran baru yang masih saya pertimbangkan kerana sedang sibuk dengan perkara lain.”
KECANTIKAN
Berbicara tentang kecantikan, duta produk SK-II ini mengakui cukup setia dengan satu jenama. “Saya dah gunakan SK-II sejak tahun 1997. Ertinya tahun ni, masuk tahun ke-14 saya masih setia menggunakan jenama ini. So far alhamdulillahlah, kulit saya masih lembut dan tidak begitu bermasalah. Cuma sesekali kalau berkelapangan, saya akan berkunjung ke spa untuk berurut dan membuat perawatan tubuh bagi merehatkan otot. Facial juga saya lakukan pada masa terluang.
Let skin be naked, begitulah katanya tentang petua kecantikan kulit. “Saya bukan seorang yang suka bermekap kecuali jika ada aktiviti seni atau jemputan pentas. Kalau saya melakukan aktiviti luar, cukup dengan lapisan krim pelembap dan krim tabir suria untuk perlindungan kulit. Ringkas dan tidak perlulah untuk membawa semua set penjagaan wajah bila bersukan. Kemudian bila aktiviti selesai, saya akan rawat wajah secara intensif menggunakan produk-produk rangkaian SK-II seperti pembersih muka, miracle water essence, masker dan sebagainya.”
Rahsia menangani stres atau pengubat kesunyian, bagi Jee cukuplah dengan mendekatkan diri dengan alam semula jadi.“Tak kisahlah balik kampung, pergi ke pulau atau masuk ke hutan, ada ketenangan yang ditemukan semasa perjalanan itu. Fikiran yang berkecamuk kembali tenang, dan saya akan menggunakan masa ini untuk berehat dan berfikir.” Ucapnya mengakhiri bicara.
CANTIK, SIHAT CARA SEDERHANA, Erra FaziraHadirnya ke pejabat Kumpulan Media Karangkraf mencuri perhatian kakitangan. Meriah seketika studio dengan suara manjanya beramah mesra dengan jurusolek Najeeb. Tanpa membuang masa, jari jemari magis dilayangkan kewajah Erra untuk membolehkannya beraksi di hadapan lensa kamera dengan menggayakan busana dari Shanghai Tang. Sedari muda lagi, Erra sudah berdikari untuk mencari duit poket. Sehinggalah dia terjun ke dunia seni, kehadirannya dihidu beberapa pihak. Wajah mulusnya bukan pertikaian. Bahkan, sehingga kini Erra masih jelita dan tampak lebih matang.
“Terkini, Erra sibuk dengan penggambaran siri TV di Astro dan Erra juga memegang watak dalam sebuah teater bertajuk Badai Semalam bersama Aaron Aziz, Fizz Fairuz, Umie Aida, Ziela Jalil dan ramai lagi. Walaupun sibuk,Erra masih memberi kelebihan masa kepada si kecil di rumah. Tambahan pula Aleesya sedang membesar. Tambah-tambah pula sejak dia pandai berjalan, makin ligat juga Erra mengejarnya.”
RAHSIA ERRA
Kecantikan dan wanita tidak dapat dipisahkan. Erra juga tidak terkecuali dalam hal penjagaan kesihatan dan kecantikan. Sinonimnya Erra adalah dengan aktiviti sukan luar atau outdoor.
“Apabila meningkat usia, bahagian paling penting untuk dikawal adalah pemakanan. Jika memilih lauk, biarlah kena. Bagi Erra,ulam-ulaman, sambal dan telur goreng sudah mencukupi. Walaupun Erra jarang memasak tetapi awal-awal lagi Erra sudah ingatkan kepada pembantu rumah jenis lauk bagaimana untuk dimasak. Erra tidak suka sesuatu yang ‘cincai’ dan pada masa sama, Erra bukan perfectionist cuma lebih kepada sesuatu yang membawa kebaikan.”
PENAT LELAH BER BALOI
“Sejak muda lagi Erra bekerja untuk mencari duit poket sendiri. Sehingga kini dan akan datang, Erra akan terus bekerja. Tipulah jika Erra tidak pernah tertekan. Biasanya, bukan kerja yang mengakibatkan tekanan tetapi masalah keluarga. itu perkara biasa. Dan selalunya, Erra akan mencari kerja untuk diselesaikan. Itulah cara Erra mengatasi stress. Bekerja keras memang penat tetapi itu bukan akibat tekanan bagi Erra. Bagi Erra,orang yang berjaya adalah orang yang pandai memberi keseimbangan dalam kehidupannya. 
Dia pandai membahagiakan di antara hal duniawi dan ukhrawi. Apabila keseimbangan itu tercapai, tidak timbul lagi tekanan.”
“Keceriaan bukan istilah asing dalam kehidupan Erra. Biarpun penat atau apa sahaja situasi, Erra akan tetap ceria. Kita bekerja penuh keikhlasan. Sebab itu Erra sangat memilih dengan orang yang akan Erra bekerjasama. Barulah apa yang kita mahukan itu menjadi.” “Lima tahun akan datang, Erra lihat kehidupan Erra masih bekerja dan Erra memilih untuk bekerja di belakang tabir. Erra pernah berada dalam rancangan Mari Menari dan Mentor, satu usaha untuk mencari bakat baru. Erra berhasrat untuk menubuhkan satu tempat untuk Erra groom bakat-bakat baru sehingga mereka mendapat tempat di mata orang ramai. bukat hanya mencari mereka yang berbakat tetapi bakat berkualiti. Itu impian Erra.

Thursday 29 September 2011

Penyembuhan Sihir Dengan Surah Tertentu

Rawatan gangguan makhluk halus dengan menggunakan teknik bacaan dan mendengar surah-surah tertentu.

Selain dari mendapatkan rawatan dari perawat Islam yang berijazah, para pesakit patut memperbanyakkan bacaan surah tertentu untuk memastikan diri pesakit betul-betul murni dari najis gangguan makhluk halus yang terpalit di jiwa mereka. Sekiranya tidak mampu, maka alternatif lain bagi mereka yang memiliki kekangan tertentu iaitu melalui kaedah mendengar bacaan surah-surah khas. Surahnya adalah:

1. Surah Yaasin

2. Surah Ad-Dukhaan

3. Surah As-Soffat

4. Surah Al Jin

Surah-surah ini hendaklah di dengar sekuat dan sekerap mungkin!!!

Dipetik dari:
http://terapialquranpahang.blogspot.com/2009_10_01_archive.html
agi Maha Bijaksana.
-(Surah Al-Hasyr ayat 21 ~ 24)

Anak lari dari rumah

Anak Lari Dari Rumah

Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan. Hadiahkan surah Al-Ikhlas setiap hari.

Semasa laungan azan yang pertama, panggillah nama anak tersebut. InsyaAllah, akan sampai panggillan kita kepadanya.


Petikan dari ceramah Ustaz Abdullah Mahmud bertajuk "Dasyatnya Doa Seorang Ibu"
http://bjue.blogspot.com/2010/11/dasyatnya-doa-seorang-ibu.html

Ayattul Mahabbah

Doa supaya dikasihi dan disayangi oleh suami/isteri, anak-anak, kaum kerabat, jiran-jiran, rakan-rakan, orang bawahan dan seumpamanya. Amalkan ayat ini setiap hari selepas menunaikan solat fardhu lima waktu.






Terjemahan:

Katakanlah ya Muhammad! "Jika kamu mengasihi Allah, maka hendaklah kamu mengikuti aku, nescaya Allah mengasihi kamu dan mengampuni dosa kamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Penyayang."

- Surah Ali Imran 3 : Ayat 31

Rujukan:
Buku 'Ikhtiar Penyembuhan Penyakit'
Tuan Guru Dato Dr Haron Din

Doa-Doa

baca Ayat 19 dari Surah al-Waqiah untuk yang selalu sakit kepala. Moga-moga boleh menghilang/meredakan, insyaAllah.



19. Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya.



Doa Agar Mendapat Peluang Rezeki Yang Banyak




Credit to: http://newszune.blogspot.com/



Bagi Orang Yang Teramat Degil



Allah Maha Lembut terhadap hamba-hambanya dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakinya dan dialah yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa
- Surah As-Syura ; Ayat 19.


Baca 19 kali pada air dan bagi minum kepada yang berkenaan / baca 19 kali pada ubun-ubun (anak-anak yang degil atau sesiapa yang dihajati). Jika orang itu jauh, baca 19 kali selepas solat dan diniatkan kepadanya.


Ustaz Kazim
"Tanyalah Ustaz"


Doa Melembutkan Hati



Doa Ketika Dukacita Dan Sedih

Maksudnya:

Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ditimpa kesusahan dan kedukaan, daripada kelemahan dan kemalasan, daripada kedekut dan perasaan takut, dan daripada desakan berhutang, dan paksaan orang.


Penawar Bagi Hati Yang Gemar Membuat Maksiat

Saidina Umar r.a. berpesan supaya membacakan ayat ini kepada orang yang di uji dengan hidup yang penuh dengan dosa dan maksiat.



Surah Al-Mu'min : Ayat 3
Maksudnya:
Yang mengampunkan dosa, dan yang menerima taubat; yang berat azabNya; yang melimpah-limpah kurniaNya; tiada Tuhan melainkan Dia; kepadaNyalah tempat kembali.

- Hayatus Sahabah, Kisah Doa Nabi dan Para Sahabat.

Petikan dari buku 101 Doa Para Nabi & Rasul Dalam Al-Quran
Ust. Hj. Zahazan Mohamed



Doa Perlindungan Untuk Anak-Anak

Rasulullah s.a.w telah berdoa untuk perlindungan Hasan dan Husain (cucunya) dengan membaca:





"Aku minta perlindungan bagi kamu berdua dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada setiap syaitan, binatang yang berbisa dan bencana ain (pandangan mata yang menimpakan penyakit)."



Doa Ketika Ditimpa Sesuatu Yang Tidak Disukai



Allah sudah mentakdirkan (menentukan) sesuatu yang dikehendakinya.
"Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah SWT dari mukmin yang lemah. Kedua-duanya baik. Bersungguh-sungguhlah melakukan perkara yang bermanfaat kepadamu. Minta tolonglah kepada Allah SWT dan jangan lemah.

Apabila kamu ditimpa sesuatu kesusahan, jangan berkata: "Seandainya aku berbuat begini dan berbuat begitu.." tapi berkatalah: "Allah sudah mentakdirkan (Menentukan) sesuatu yang dikehendakinya". Sesungguhnya perkataan "Kalau/Seandainya" akan membuka pintu bagi gangguan syaitan.



DOA AGAR DITETAPKAN HATI DALAM HIDAYAH




Maksudnya:

(Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberianNya.
- Surah Ali Imran 3 : Ayat 8


Dipetik dari buku:
Zikir, Doa dan Wirid di Tanah Suci
Terbitan Telaga Biru Sdn Bhd



Doa Penjaga Harta Dan Ahli Keluarga





Dipetik dari buku "Ikhtiar Penyembuhan Penyakit"
Tuan Guru Dato Dr Haron Din



BESARNYA MAKNA DOA YANG KITA LUPAKAN

Doa Semasa Duduk Antara Dua Sujud


Dalam tidak sedar, setiap hari kita memohon didalam solat kita.. tetapi sayangnya, segelintir kita mungkin hanya memohon tanpa memahami.. sekadar disebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati.

Ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat, dengan rendah hati hayatilah dan nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah :

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah hingga kita merasakan ketenangan. Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

Warhamni (sayangi aku)

Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tidak terhitung besarnya hingga kita merasa cukup,

Berturut-turut sampaikanlah permintaan-permintaan berikut satu persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)



Betapa besarnya nilai sebuah doa ini.. sebuah doa yang mungkin kita lewatkan hanya begitu sahaja memohon sesuatu dalam tidak sedar.


Credit to : Amy Marzuki






Maksudnya:
"Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibubapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang Engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri".
(SURAH AL-AHQAF : 15)

Dipetik dari: Darussyifa'



Ayat Berkubu



Maksud :
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam.
Aku berkubu dengan kubu Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhamad Rasulullah.


Supaya Allah SWT akan melindungi diri kita dari segala mara bahaya.
( Amalkan selepas solat Subuh atau ketika diri diancam musuh ).

Caranya:

1. Berdiri menghadap kiblat (arah barat). Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.

2. Pusing ke arah kiri (sekarang berdiri ke arah selatan). Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.

3. Lakukan perkara yang sama untuk arah timur dan utara.

4. Berpaling semula ke arah kiblat, baca lagi kemudian tiup ke bawah sehingga habis nafas. Baca lagi kemudian tiup ke arah atas sehingga habis nafas.

5. Akhir sekali (bacaan yang ke-7), baca ayat ini kemudian tarik nafas dan tahan nafas seberapa lama yang boleh kemudian hembus.

Khasiatnya : InsyaAllah, Allah akan melindungi diri kita dari segala mara bahaya. "Doa itu senjata bagi orang mukmin ".


Tips Tuan Guru Prof. Dr. Haron Din Al Hafiz
Rujuk Darussyifa



Doa Untuk Kebahagiaan Sekeluarga

Untuk yang sudah berumahtangga, amalkan doa ini untuk rumah bahagia dan kebahagiaan keluarga. Dibaca setiap lepas waktu solat.



Terjemahan Ayat 74, Surah Al-Furqaan:

"Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami agar isteri kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa."