Click here for Myspace Layouts

Saturday, 5 November 2011

Simbahan duka

Berputik cintaku
Berbunga cintaku
Berbuah cintaku
semuanya untuk kamu jamah
sayangnya pohon yang rendang
buah-buah yang ranum
berguguran busuk
dimamah ulat
Pohon yang dulunya rendang
menjadi teduhan kini
tidak lagi berpucuk
tidak lagi berputik
tidak lagi berbunga
tidak lagi  berbuah
kerana tiada mentari menyinari
tidak lagi di sirami
tidak lagi di bajai
pohon itu akan mati
kerana akar tak mampu mengcengkam paksi
menanti taufan tuk rebah kebumi
akhirnya menjadi bahan bakar
tak berguna lagi.

No comments:

Post a Comment