JEE & ERRA
Kalau dihimpunkan barisan wanita cantik di Malaysia, pastinya pemilik nama Siti Fauziah Sheikh Abdul Latiff dan Fazira Wan Chek tersenarai diantara jelitawan yang memiliki segala-galanya. Dua ratu yang cukup masyhur pada era 90-an, dan sehingga kini masih mekar dan popular di hati peminat seantero Malaysia. Lantas seiring tema Nona edisi Sihat & Cantik ini, Ratu Balada dan Ratu Malaysia dipertemukan dalam busana oriental bersemarak, eksklusif sebagai penyeri kulit depan kami bulan ini .
AKTIF DI USIA 40-AN, JeeBertemu Jee dan berbual mesra dengannya, ibarat tuah yang pernah dihajati sedari sejak zaman persekolahan lagi. Kelunakan lagu Gubahan Rindu Puisi Syahdu tiba-tiba berputar di fikiran penulis, dan kelembutan yang sama... masih Jee pertahankan. Muncul dengan gaya santai dan sepasang aviator gelap, Jee yang ditemani pembantu peribadi tiba ke studio dengan sejuta keceriaan. Looking simple and sophisticated is her trademark, lalu kesinambungan gaya dress jingga musim terbaru Shanghai Tang membaluti tubuhnya. Di sebalik wajah dan senyuman manis Jee, siapa tahu ada derita yang disembunyikan. Biar pun enggan mengulas lanjut tentang episod pembedahan yang dijalaninya sekitar dua tahun lalu, Jee bertegas bahawa kini dirinya sudah kembali sihat dan cergas. Bahkan sebaik selesai menjalani operasi membuang ketumbuhan fibroid dancyst, Jee perlahan-lahan bangkit semula walaupun dengan sedikit kepayahan.
Tiada istilah mengalah, Jee hari ini nyata lebih kuat dari semalam! Bersama penulis, dia rancak bercerita tentang aktivitinya...Bertemu Ratu Balada ini sepertikan tidak lengkap tanpa berkongsi kisah terbaru. Menurut Jee, kini beliau bersama-sama Broadway Acre sedang bekerjasama untuk beberapa projek khas berkaitan industri hiburan. “Walaupun tidak keluar dengan album baru, itu tidak bermakna saya menyepikan diri daripada dunia nyanyian. Saya masih aktif menyanyi serta banyak menerima undangan persembahan di majlis-majlis korporat.” Sedikit perkembangan lakonan selepas drama Gelora Di Hati Sara...“Saya masih baru dalam dunia ini, masih banyak kelemahan dan kekurangan yang perlu dibaiki. Namun pengalaman berlakon dengan barisan pelakon handalan di dalam drama tersebut memang cukup berharga. Cuma buat masa ni, ada tawaran-tawaran baru yang masih saya pertimbangkan kerana sedang sibuk dengan perkara lain.”
KECANTIKAN
Berbicara tentang kecantikan, duta produk SK-II ini mengakui cukup setia dengan satu jenama. “Saya dah gunakan SK-II sejak tahun 1997. Ertinya tahun ni, masuk tahun ke-14 saya masih setia menggunakan jenama ini. So far alhamdulillahlah, kulit saya masih lembut dan tidak begitu bermasalah. Cuma sesekali kalau berkelapangan, saya akan berkunjung ke spa untuk berurut dan membuat perawatan tubuh bagi merehatkan otot. Facial juga saya lakukan pada masa terluang.

”Let skin be naked, begitulah katanya tentang petua kecantikan kulit. “Saya bukan seorang yang suka bermekap kecuali jika ada aktiviti seni atau jemputan pentas. Kalau saya melakukan aktiviti luar, cukup dengan lapisan krim pelembap dan krim tabir suria untuk perlindungan kulit. Ringkas dan tidak perlulah untuk membawa semua set penjagaan wajah bila bersukan. Kemudian bila aktiviti selesai, saya akan rawat wajah secara intensif menggunakan produk-produk rangkaian SK-II seperti pembersih muka, miracle water essence, masker dan sebagainya.”
Rahsia menangani stres atau pengubat kesunyian, bagi Jee cukuplah dengan mendekatkan diri dengan alam semula jadi.“Tak kisahlah balik kampung, pergi ke pulau atau masuk ke hutan, ada ketenangan yang ditemukan semasa perjalanan itu. Fikiran yang berkecamuk kembali tenang, dan saya akan menggunakan masa ini untuk berehat dan berfikir.” Ucapnya mengakhiri bicara.
CANTIK, SIHAT CARA SEDERHANA, Erra FaziraHadirnya ke pejabat Kumpulan Media Karangkraf mencuri perhatian kakitangan. Meriah seketika studio dengan suara manjanya beramah mesra dengan jurusolek Najeeb. Tanpa membuang masa, jari jemari magis dilayangkan kewajah Erra untuk membolehkannya beraksi di hadapan lensa kamera dengan menggayakan busana dari Shanghai Tang. Sedari muda lagi, Erra sudah berdikari untuk mencari duit poket. Sehinggalah dia terjun ke dunia seni, kehadirannya dihidu beberapa pihak. Wajah mulusnya bukan pertikaian. Bahkan, sehingga kini Erra masih jelita dan tampak lebih matang.
“Terkini, Erra sibuk dengan penggambaran siri TV di Astro dan Erra juga memegang watak dalam sebuah teater bertajuk Badai Semalam bersama Aaron Aziz, Fizz Fairuz, Umie Aida, Ziela Jalil dan ramai lagi. Walaupun sibuk,Erra masih memberi kelebihan masa kepada si kecil di rumah. Tambahan pula Aleesya sedang membesar. Tambah-tambah pula sejak dia pandai berjalan, makin ligat juga Erra mengejarnya.”
RAHSIA ERRA
Kecantikan dan wanita tidak dapat dipisahkan. Erra juga tidak terkecuali dalam hal penjagaan kesihatan dan kecantikan. Sinonimnya Erra adalah dengan aktiviti sukan luar atau outdoor.
Kecantikan dan wanita tidak dapat dipisahkan. Erra juga tidak terkecuali dalam hal penjagaan kesihatan dan kecantikan. Sinonimnya Erra adalah dengan aktiviti sukan luar atau outdoor.
“Apabila meningkat usia, bahagian paling penting untuk dikawal adalah pemakanan. Jika memilih lauk, biarlah kena. Bagi Erra,ulam-ulaman, sambal dan telur goreng sudah mencukupi. Walaupun Erra jarang memasak tetapi awal-awal lagi Erra sudah ingatkan kepada pembantu rumah jenis lauk bagaimana untuk dimasak. Erra tidak suka sesuatu yang ‘cincai’ dan pada masa sama, Erra bukan perfectionist cuma lebih kepada sesuatu yang membawa kebaikan.”
PENAT LELAH BER BALOI
“Sejak muda lagi Erra bekerja untuk mencari duit poket sendiri. Sehingga kini dan akan datang, Erra akan terus bekerja. Tipulah jika Erra tidak pernah tertekan. Biasanya, bukan kerja yang mengakibatkan tekanan tetapi masalah keluarga. itu perkara biasa. Dan selalunya, Erra akan mencari kerja untuk diselesaikan. Itulah cara Erra mengatasi stress. Bekerja keras memang penat tetapi itu bukan akibat tekanan bagi Erra. Bagi Erra,orang yang berjaya adalah orang yang pandai memberi keseimbangan dalam kehidupannya. Dia pandai membahagiakan di antara hal duniawi dan ukhrawi. Apabila keseimbangan itu tercapai, tidak timbul lagi tekanan.”
“Keceriaan bukan istilah asing dalam kehidupan Erra. Biarpun penat atau apa sahaja situasi, Erra akan tetap ceria. Kita bekerja penuh keikhlasan. Sebab itu Erra sangat memilih dengan orang yang akan Erra bekerjasama. Barulah apa yang kita mahukan itu menjadi.” “Lima tahun akan datang, Erra lihat kehidupan Erra masih bekerja dan Erra memilih untuk bekerja di belakang tabir. Erra pernah berada dalam rancangan Mari Menari dan Mentor, satu usaha untuk mencari bakat baru. Erra berhasrat untuk menubuhkan satu tempat untuk Erra groom bakat-bakat baru sehingga mereka mendapat tempat di mata orang ramai. bukat hanya mencari mereka yang berbakat tetapi bakat berkualiti. Itu impian Erra.
“Sejak muda lagi Erra bekerja untuk mencari duit poket sendiri. Sehingga kini dan akan datang, Erra akan terus bekerja. Tipulah jika Erra tidak pernah tertekan. Biasanya, bukan kerja yang mengakibatkan tekanan tetapi masalah keluarga. itu perkara biasa. Dan selalunya, Erra akan mencari kerja untuk diselesaikan. Itulah cara Erra mengatasi stress. Bekerja keras memang penat tetapi itu bukan akibat tekanan bagi Erra. Bagi Erra,orang yang berjaya adalah orang yang pandai memberi keseimbangan dalam kehidupannya. Dia pandai membahagiakan di antara hal duniawi dan ukhrawi. Apabila keseimbangan itu tercapai, tidak timbul lagi tekanan.”
No comments:
Post a Comment