Gee masih diminati orang ramai sekalipun sudah berpuluh tahun berkecimpung dalam bidang seni. Apakah rahsia kejayaan Gee hingga berada ke tahap kini?
Alhamdulillah, semuanya bermula daripada peringkat awal pembabitan saya dalam industri seni.
Those hard times that we all need to strive through is not easy. Cuma saya tekad meneruskan perjuangan dan melakukan apa yang saya suka. Asalkan jangan berputus asa, word hard dan apabila kita sudah mencapai tahap yang diinginkan,
try to maintain. Saya masih seperti dulu dan ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam jatuh bangun saya sebagai seorang artis. Mereka banyak memberikan nasihat dan setiap apa yang diperkatakan mereka membantu menguatkan semangat.
Bagaimana pula Gee berdepan saat-saat paling getir sebagai seorang artis kerana menjadi public figure yang sering diburu orang ramai bukan suatu perkara mudah?
Saya akui, peminat banyak memberikan dorongan terutama ketika Gee dilanda dugaan. Nasihat dan dokongan yang diberikan benar-benar membuatkan saya lebih kuat untuk terus berjuang.
Of course, as a human, we are bound to follow what the heart says tetapi apa pun, berfikiran positif adalah penyelesaian terbaik. Belajar untuk menerima, beringat dan bina semula keyakinan dalam diri antara yang dilakukan saya sendiri. Akhir sekali, sentiasa bersyukur dengan apa yang dikurniakan tuhan.
Adakah itu juga moto hidup Gee?
Tentu sekali.
But to be exact, my life motto is don’t rush. Buat kerja satu persatu dan berikan tumpuan yang serius bermula awal pembabitan sampai bila-bila.
Gee masih kelihatan muda, jelita dan anggun. Adakah aktiviti outdoor yang kerap dilakukan menjadi awet muda Gee?
Apa yang diberikan tuhan, kita perlu menjaganya dari dalam dan luar. Saya masih menjadi peminat kepada kosmetik penjagaan muka SKII sejak kewujudannya di Malaysia dan seperkara lagi, saya sering memakai alat solek dengan tipis. Kerja sebagai artis tidak seperti kerjaya lain di luar. Artis terpaksa memakai alat solek hingga berjam-jam lamanya dan pelindung UV juga penting. Untuk stamina pula, sudah banyak kemudahan yang boleh digunakan seperti bersenam di gim.
I’m an outdoor person, jadi saya sering melakukan aktiviti seperti menyelam dan mengembara hutan bersama keluarga dan rakan-rakan. Selain dapat mangatasi tekanan, aktiviti
outdoor benar-benar memberikan keseronokan.
Bagaimana pula pandangan Gee tentang artis wanita tempatan masa kini?
Find your own identity and your own concept. Seperti era kami, setiap artis mahu tampil berlainan and
that’s how it works. Tetapi bagi artis kini, kebanyakan daripada mereka banyak mengikuti trend terbaru dan kelompok itu semakin lama membesar. Tambahan pula, cabaran sesama golongan artis semakin hebat dan jumlahnya juga semakin ramai. Masing-masing berlumba untuk tampil berbeza daripada yang lain.
Sebagai seorang senior, apakah nasihat Gee untuk mereka?
Secara positifnya, jika mereka ada idola tersendiri dan berusaha membina identiti seperti idola mereka itu adalah suatu yang baik. Ini kerana mereka mahu menonjol tetapi lama-kelamaan, mereka perlu memahami identiti diri yang asal dengan gaya tersendiri. Meniru gaya orang lain secara berpanjangan
is not good.
Just be yourself dan rancang masa depan anda dengan baik tanpa perlu mengikut rentak dan gaya orang lain
No comments:
Post a Comment