Dalam relung hati yang sempit lagi sunyi
nafas ku sesak nadi ku lemah
takkala tubuh ku di rompak kecewa
roh ku meronta tuk keluar lari dari derita
namun tubuh ku masih taat tuk berdoa
bibir ku menguntum senyum
namun mata dan fikiran ku
remuk di badai ribut dugaan
sering aku mendustai hati
bahawa aku cukup lasak dan tega
gagah dan kuat
mengharungi neraka ujian ini
tapi sebenarnya aku lemah lagi longlai
lesu lagi kuyu di amuk resah
berdepan realiti hidup
terkadang urat semangat ku putus
resah,kecewa mula menyuntik nanah amarah
membuat keimanan ku hampir di mamah rasa dendam
Aku rindu akan sebuah kedamaian
agar dapat ku layari bahtera dengan sempurna
Aku mencari yang lebih bermakna
alangkah indahnya andai hidup tanpa DERITA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment